Thursday, April 14, 2011

PECAH AMANAH...RASUAH....APA CERITA????

Firman Allah subhanahua ta'ala telah menegaskan di dalam kitab suci Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud : " dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu membawa urusan harta itu kepada hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain dengan jalan dosa padahal kamu mengetahui ".

Dari maksud ayat di atas, Allah subhanahua ta'ala menjelaskan kepada kita agar kita jangan memakan harta orang lain dengan jalan yang salah atau batil, termasuk makan harta orang lain dengan cara yang salah iaitu menerima rasuah. Islam mengutuk semua perbuatan rasuah, menipu, pecah amanah dan mungkir janji atau sebarang sifat negatif yag merosakkan masyarakat. Perbuatan itu mengeruhkan hubungan dalam masyarakat dan mencacatkan hubungan dengan Allah. Mereka yang melakukan jenayah rasuah didunia dan di akhirat, sebaliknya mereka akan menerima siksaan yang berat.

Pengamal rasuah akan sentiasa terdedah kepada risiko sakit jiwa, akibat perasaan takut yang sentiasa menghantui diri mereka. Secara tidak disedari mereka akan hidup dalam keresahan dan menganggap orang lain sebagai musuh yang ingin membongkar kesalahan mereka. Hidup pengamal rasuah akan sentiasa diselubungi kebimbangan. Di dalam Islam mereka yang menghadapi masalah seperti ini dianggap menerima bala'. Keadaan ini disifatkan sebagai satu penyiksaan batin di dunia. Seseorang yang melakukan kesalahan samada dengan masyarakat atau melanggar hukum Allah pasti menghadapi tekanan jiwa sehingga dia menghentikan perbuatan itudan bertaubat kepada Allah subhanahua ta'ala.

Perbuatan rasuah dianggap sebagai melanggar amanah dan dalam Islam melanggar amanah termasuk ke dalam golongan munafik, Rasulullah s.a.w. menjelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan muslim yang bermaksud " tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, jika dia berkata-kata, dia berdusta, apabila berjanji, dia mungkir, apabila diberi amanah, dia khianati.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pembongkaran kes-kes rasuah yang berlaku di agensi-agensi kerajaan. Alangkah malangnya sekiranya rasuah berlaku kepada pegawai-pegawai yang telah diamanahkan untuk menjaga hak rakyat tetapi mengkhianatinya. Mereka bukan sahaja berdosa kepada Allah subhanahua ta'ala, bahkan mereka juga akan disoal di padang mahsyar kerana amanah rakyat yang mereka khianati.

Betapa malang juga, kes rasuah yang dibongkar baru-baru ini melibatkan puluhan ribu orang, mungkin ramai yang berpendapat rasuah sudah menjadi fenomena masyarakat yang sudah tidak dapat dielakkan, ataupun rugi jika dilepaskan, mereka sanggup menderhaka kepada Allah semata-mata untuk mengecap nikmat dunia yang sedikit. Ingatlah, perbuatan rasuah itu membawa kepada kemurkaan Allah dan juga bakal menghancurkan masyarakat, agama dan negara.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan hal ini dalam sebuah hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bermaksud " bakal datang kepada manusia satu masa, orang tidak lagi peduli terhadap apa yang diambilnya, apakah ini halal atau haram " dan dalam satu hadis yang lain diriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. mengirim seorang utusan untuk mengumpul zakat dari satu kabilah, tetapi setelah utusan itu mengadap nabi, sebahagian barang yang dibawanya itu dipegang dan dia berkata kepada nabi s.a.w., " ini untukmu dan ini pula untuk saya yang diberikan oleh pembayar zakat, sebagai hadiah kepada saya,' mendengar ucapan itu nabi s.a.w. marah seraya bersabda, " mengapa tidak sahaja kamu tinggal di rumah bersama dua ibu-bapa kamu sehingga hadiah itu sampai kepadamu, sekiranya kamu orang yang jujur ".

Islam mengharamkan rasuah dalam apa jua bentuk dan nama. Oleh kerana tidak ada dialih dengan menerima suatu yang jelas rasuah dengan niat menerima hadiah. Perbuatan itu tidak akan mengeluarkan dari hukum haram menjadi halal. Saidina Omar Abdul Aziz pernah diberi hadiah sewaktu beliau menjadi khalifah tetapi ditolaknya, kemudian dia dikatakan kepadanya " Rasulullah menerima hadiah " maka Omar Abdul Aziz menjawab, " apa yang diterima oleh Rasulullah itu memang menerima hadiah, tetapi ini buat saya adalah suapan (rasuah).

Rasulullah pernah bersabda dari riwayat Abu Daud yang bermaksud " Barangsiapa yang kaya, berikan pekerjaan dan kami berikan gaji apa yang diambil selebihnya dari itu bererti penipuan.'

Ambillah pengajaran dari sikap berhati-hati yang ditunjukkan oleh Khalifah Omar Abdul Aziz, akan tetapi pada akhir zaman ini manusia tidak lagi menapis sumber rezeki mereka, asalkan benda itu menguntungkan mereka. Kebaikan manusia ingin cepat kaya dan menganggap harta kekayaan sebagai matlamat penting dalam kehidupan. Lantaran itu mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat masing-masing.

Di zaman ini menyaksikan masyarakat tidak lagi mengamalkan sifat malu dalam kehidupan seharian mereka, sikap tidak malu inilah yang mendorong berlakunya rasuah, pecah amanah, berdusta dan pelbagai lagi. Mereka tidak malu kepada Allah dan tidak malu kepada masyarakat untuk membuat dosa dan maksiat.

Oleh kerana itu, pada hari ini sama-samalah kita membina keperibadian diri agar kita tidak terlibat dengan rasuah dan mencari rezeki yang tidak halal samada sebagai pemberi rasuah, penerimanya atau perantaranya. Kerana Allah dan rasulnya melaknat ketiga-tiga golongan tersebut. Dan peringatan Rasulullah s.a.w. yang bermaksud " pemberi rasuah dan penerima rasuah kedua-duanya masuk neraka.'

Islam amat menitikberatkan rezeki halal, rezeki yang diperolehi secara rasuah, pecah amanah dan suatu yang negatif adalah haram dan berdosa. Sedangkan banyak lagi bidang rezeki yang halal di atas muka bumi ini. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud : " Wahai manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat dibumi dan janganlah kamu mengikut jejaklangkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata'.

Dipetik dari www.al-azim.com/masjid/khutbah24.html

Kenapa aku wat entry ni????...sebab aku nak semua orang ingat kes pecah rasuah & pecah amanah dah jadi penyakit dalam masyarakat kita ari ni...'masyarakat tidak lagi mengamalkan sikap malu dalam kehidupan,sikap tidak malu inilah yang mendorong berlakunya rasuah,pecah amanah......'

Yang peliknya boleh buat muka selamba lagi tu...ingat2 la ko makan tu duit orang lain..hak orang lain...x de boleh kaya mana pun kalau cari rezeki dengan cara mengebas duit orang..duit budak2..duit kerajaan...Kalu kat dunia ko bleh lepas..akhirat sapa nk tolong jawab..sendiri mau ingat la...


p/s-nak tunggu apa tindakan trhadap yg berkenaan...takkan lepas cam tu je...takut semakin lemak berkrim yang berkenaan itu....


Sunday, April 10, 2011

Arghhhhh...penatnyerrr..

Sekarang dah masuk minggu2 akhir kuliah semester ni...bermakna semua assignment pun dah bersusun minta dihantar....exams pun akan start mula 24 april ni...musim brjaga smpai ke pagi dah pun brmula..mlm tadi tido kul 4 a.m....Huwaaaa..bila mau abis study ni!!!!..uiksss..mcm x ikhlas je blaja...bawa bersabar ye..hihi...ye la..ye la..sabo ler ni...( terpaksa motivasikan diri sendiri nih...)..tapi aku brterima kasih gak kat famili ,kawan2 & pensyarah2 yg selalu bagi dorongan kat aku supaya meneruskan perjuangan ini smpai ke titisan peluh terakhir...(tulis darah kang metaforanya trlampau plak kan..hihi...)

Kat sekolah pun keje trsangatlah banyaknye...bersusun gak memanggil2 minta disiapkan...nak2 plak skg musim pemantauan JPN/Nazir...so bersinsing lengan la menyiapkan segala fail...kalu siap fail bila2 je kan..masalahnya isi fail yg x siap2..huhu...
Pastu dari bulan lepas kejenye outstation ke Segamat je...mcm2 meeting kene pegi.. utk karnival pendidikan & karnival buku pkt daerah je 5 kali turun meeting...lum masuk hari bertugasnye (ni program tu dh abis..lega skit)...Pendek kata tiap2 minggu ada je arinya yg kena turun Segamat..kalu ari selasa mmg wajib ar x de kat skolah....dah ar ari Sbtu & Ahd tu dah kira rutin...so minyak kete jgn cakap ar...stesen minyak tu dh mcm umh sedara sendiri...kena selalu melawat....kalau kawin ngan tokey stesen minyak x pe la gak kan..haha...


p/s - Tahniah untuk Aliz & husband atas kelahiran cahaya mata lelaki jam 3 ptg tadi...Alhamdulillah semuanya selamat...

Sunday, March 20, 2011

Emmm...cuti skolah dah abis...

Pejam celik..kejab je cuti dah abis..tapi ok gak la dapat gak abiskan 5 ari kat kampung..seronok dapat jumpa famili..hai bila la aku nak pindah balik Phg ni????Target lagi 2 thn kat Johor ni..tapi x tau la kan..kot2 prmohonan x lulus...brjangggut la aku dok sini..huhu..Kat sini ok..seronok tapi semakin meningkat usia ni rasa nk semakin dekat dgn famili lagi2 dgn mak & abah..lagipun umh aku tu dah jadi tukun la plak aku rasa...dah lama kosong...sarang labah2 yg makin byk..nak sewakan smpai skg x trsewa2 lagi...

Cuti ari sempat la pi Genting...nk masuk theme park tiket RM46...pehh..mahal gilerrr..last2 abah,amir & Kimi je yg masuk...kitaorg yg thp semekin ni lepak kat luar je...puas gak ar turun naik escelator..Malam baru smpai umah...

Ezam x puas ati x dpt masuk..hihi..beso jasa ko Zam belanja abah,amir & kimi masuk..Husna kata ada aku kesah...gigit belon lagi bestttt...

Inilah peserta rombongan Cik Kiah..opsss En.Denan ke Genting...hihi..

Ari Sabtu dah balik Johor sbb ari Ahad ada kuliah...huhu..so dah kena balik kan..balik je la...cuti skolah seterusnya akhir bulan Mei..tapi x tau ar dapat cuti ke tak sbb mbe ada semester pendek..kena amik satu paper...huwaaaa....( barulah aku terasa sungguh2 ayat 'x koje cari koje tu...)..

Sebelum balik..posing dgn Husna & Zara...comelnyee kamu...

p/s - pas ni tunggu cuti pertengahan tahun plak...pas tu cuti raya...uikss..raya?..

Monday, February 14, 2011


TAHNIAH...welcome baby girl...Zara Khadeeja Zulkarnain.

Rasanya belum terlambat nak ucapkan tahniah kat my sister Lina & husband atas kelahiran puteri sulung mereka yang kiut miut tu..keciknyeerrrrr....lahir pada 4 Februari 2011.
Moga2 Zara akan membesar menjadi anak yang baik dan cukup ilmu dunia & akhirat...yg penting sayang Mak Long gak tau..hihi..

Sekarang ni sgt busy...sekolah..pusat sumber...kuliah...banyak keje still x siap2...penat betul bila direct 7 ari seminggu keje + blaja...Time kuliah tu kalau dpt pensyarah yg OK ringan skit kepala otak tapi kalu yg kerek semacam tu yang buat aku stress nak gilerr..Kadang2 bagus gak bila blaja ni..time ni la nak reflek balik diri kita sendiri masa ngaja kat dalam kelas...ye la kdg2 time kita mengajar tu selalu x sedo diri gak...asyik nk marah2 je dlm kelas..bdk2 pun nyampah..hihi..( tapi kalu dah malas & bebal thp cipan...mana tak naik angin kan...emmmm....).

Pastu aku rasa bestnyeee jadi pensyarah...lg2 ngajar kelas master..ye la bg tajuk than tgk pembentangan...Pensyarah2 tu ramai yg galakkan kitaorg smbung smpai PhD...hisshh..org lain aku tak tau la..tapi aku rasa aku ni cukup ar smpai thp master je...dah x larat dah aku...ni pun terseksa jiwa & raga nak abiskan...kalau muda2 dulu harus jugak la...Kdg2 smpai skg still trtanya2 ngapa aku buat master ni...? dapat ilmu..yes...kepuasan...yes....ikut2 kwn...yes gak kot...saja tak de koje cari koje...yess jugak ni...arap2 dapat imbuhan guru sarjana...trsgt2 la yesss..(dgr cite KPM dh bwa ke JPA hal ni..cuma JPA lum endorse...)..kalau lulus alhamdullilah la kan...dapat gak menambah income...rezeki tu namanya...sapa tak mau kan...mau..mau...


p/s - cuti sekolah bln 3 ni dpt 5 ari je la brcuti gamaknya sbb kuliah sbtu ahd awal ngan akhir cuti....sedihnya...nak balik kg lama2 gak....


Sunday, January 16, 2011


Belajar....mengajar...belajar...mengajar....

  • Hari ni start kuliah sem.2...maka bermulalah hari2 aku dgn xtvt belajar dan mengajar 7 ari seminggu....bermulalah dgn tugas2 mencari bhnnya..buat power pointnya.. than presentationnya (time wat pembentangan la yg plg aku jaki..hihi)...penatttt...
  • Semester ni amik 3 paper;
UHF 6033 Dynamics of Leadership.
MPU 1024 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan 1.
MPF 1583 Latihan dan Pembangunan.
  • Aku rasa paper Kaedah Penyelidikan la paling mencabar minda aku kot..sebab dulu time wat first degree dh pernah amik paper gini..penin kepala aku...ni kalu tahap master lagi penin la agaknya....huhu..
  • Result semester lepas...alhamdulillah dapat pointer 3.67....harap2 sem.ni still 3.5 pointer ke atas la ye...berjuang abis2an...chaiyok!cyaiyok!...(x sia2 aku makan buah kismis smpai abis 1 balang time exams ari tu...haha..mana idaknya org makan 3-7 bijik sehari..aku sekali mkn segenggam...dh trlebih dos agaknya.. tu yg tetap ada fakta dh baca tapi x ingat time exams tu..kalau tak mau dpt 4 .00 pointer gamaknya..kui..kui...)
  • Sebenor2nye,kalau ikut ati aku malas dah sebenarnya nak blaja lagi sem ni dan sem2 akan dtg ..byk yg terbuku kat dlm ati aku ni...tensionnnnn gilerrrr babasssss!!!!!...aku mesti kuat..MESTI!!!...
  • Aku akan selalu pujuk ati aku...x pe..x pe..thn depan abis la..pejam celik..pejam celik..abis la thn ni...thn dpn kira 1 sem je lg...bulan 5 thn 2012 kira merdeka la...yehaaaa!!!..(jauh lagi la plak bln Mei 2012 tu...huwaaaa...).

p/s - pejam..celik..pejam..celik...lerrr baru first day p kuliah...ada 19 ari lagi...9-5 pm...sbtu-ahad...

Monday, January 3, 2011

BACK TO SCHOOL....

Jom..jom...pi sekolah..Hari pertama persekolahan sesi 2011...walaupun cikgu2 dah awal seminggu balik ke sekolah tapi ari ni baru ada anak-anak muridnya...Walaupun hari pertama,P&P dah berjalan. Masa ni la orang PPD sibuk turun sekolah...time aku kat kelas ada gak org PPD masuk..belek2 buku lesson plan..buku aku tu ada byk lg maklumat yg x lengkap..cuma lesson plan ari ni je siap sepenuhnya...nasib la..huhu..

Tahun ni aku ajar BM kelas 3 Elit (kelas 1st) ngan Geografi kelas 3 Arif (kelas last)...aku ngajar 9 waktu je..(jangan marah..aku kan guru perpustakaan & media..pekeliling dh cakap camtu ..nk wat cam ne kan..hihi..). Tapi walaupun waktu mengajar aku sikit,keje lain aku banyakkkkk...huwaaaa!!! Ckgu yg ada jwatan cam aku je yg faham...kitaorg ni byk wat keje yg org x nmpk, tu yg ramai jaki semacam kata kitaorg free banyakkkk...smpai ati korang...

So tadi dua2 kelas tu aku dh masuk...mesti la brbeza kan..satu kelas fisrt..satu kelas ujung.. Sebelum masuk kelas aku dh aim 'antu2' melalui maklumat dari guru2 yg pernah ajar dorang masa F2. Dorang kata dak thn ni antara yg paling 'ganas'...hihi..sabo je la..

Kelas 3 Elit...
Dah nama pun Elit..perangai kalau x elit x logik la kan...Walaupun ini kelas first tapi aku tetap serius..( kena la tunjuk serius beb..kalau tak kena makan kang dgn dak2 ni..). Semua pantang larang aku dah bagi siap2..jgn kurang ajar..jgn copy keje kwn..jgn lewat anta keje yg diberi..bla..bla...senyap sunyi je kelas..( dalam ramai2 tu ada sorang dak lelaki yg lain mcm skit...bantai tido beb..ni mmg spesis 'antu' ni...nasib baik sekor je...).
Than aku suruh dorang tukar tempat duduk..aku x kasi can ar duduk sama2 kaum..semua kena campur..dah kelas BM kan...kalau x buat gini kang jadi kelas B.Cina plak...niat aku baik sebenarnya..nak kasi dorang improve BM dorang melalui pertuturan..betullll...Anyway aku rsa kelas ni ok la..masa buat perbincangan soalan tatabahasa byk gak dorang betul..cuma keadaan kelas je senyap sgt..bila jwab soklan aku pun cam ckp dlm kelambu je dak2 ni..aduyai...

Kelas 3 Arif...
Sangat berbeza..meriah..yg pompuan je senyap..yg lelaki brcakap je kejenya..tapi aku still bleh handle lagi la...aku senang je..siang2 dah ingatkan x mau blaja..tido..jgn kacau org lain nk blaja..hihi...Yang x reti membaca je aku kira2 ada 5-6 org..tu kira x reti langsung tu.. Yang pandai baca tapi x faham apa yg dibaca pun sekian...Yang faham bahasa skit2 pun ramai gak..ayoyo..camno nih...redah je la...anyway aku akan cuba sedaya upaya & semampu yg boleh..thn lepas result naik..arap2 thn ni pun sama...amin...

Tugas2 aku pada tahun ini;
  • Guru mata pelajaran Bahasa Melayu Ting. 3
  • Guru mata pelajaran Geografi Ting. 3
  • S/U Unit Maklumat Sekolah
  • Pengerusi Unit Pengurusan Sistem Fail
  • Pengerusi Unit Pengurusan Bilik2 Khas
  • Penyelaras Bilik Gerakan
  • Penyelaras Pusat Sumber Sekolah
  • Ketua Unit Dokumentasi & Rekod Sekolah
  • Pen. S/U Majlis Pengurusan HEM
  • Pen. S/U Program 3 K
  • Pen. Ketua Unit Siar Raya Sekolah
  • Penasihat Pergerakan Puteri Islam
  • Ketua Penasihat Kelab Geografi & Sejarah
  • Penasihat Kelab Seni Foto
  • Penasihat Rumah Laksamana
p/s- Selamat maju jaya buat diri aku...caiyok..caiyok..huwaaaaa!!!!... dan jangan lupa p kuliah sekali ye..

Sunday, January 2, 2011

SELAMAT HARI LAHIR KE 57 buat ibuku yang tercinta
Pn. Ainiah Hj. Arshad


Semoga mak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dianugerahkan kesihatan yang baik, kekal bahagia bersama famili & berada dalam lindungan Allah s.w.t sentiasa...Sesungguhnya jasa & pengorbanan mak menjaga kami sekeluarga amat besar...Sayangggggggg mak...