Tuesday, April 19, 2011

SPEAKER????

What???Petang semalam aku punya GKB Bahasa call.."minta ngko pegi SMK Seri Bali jadi speaker Pertandingan Bahas ala Parlimen peringkat daerah..."..Adeh!!!...tapi biasa la aku kan...x reti nak tolak2...hantam saja la labu walaupun sebenor2nye malas nak keluar sekolah...lg satu mna la aku prnah wat kerja speaker nih..!!!So ari ni aku p la Sri Bali..sib baik skolah tu dlm 300 meter je dari umah aku ni...sejuk skit ati ...x pyh ar drive jauh2...jln kaki pun bleh smpai..hihi...So mlm aku lyn la net cari skrip..sib baik ada so lega byk la...ye la kalu tak trpksa sedia skrip la plak...

Dipendekkan cerita ari ni jadi speaker untuk 2 peringkat...suku akhir belah pagi ngan separuh akhir belah ptg...Esok pagi plak untuk pkt akhir...Maknanya 2 ari la aku keluar sekolah mggu ni...walaupun ini tugas tapi aku ni jenis lebih suka p skolah..dari awal bulan 3 ari tu mmg satu minggu 4 ari je aku kat skolah sbb tiap2 selasa keluar utk meeting dll berkaitan pusat sumber...ni next week selasa ngan rabu mbe kuar utk lawatan guru perpustakaan & media ke KL plak...asyik ke hulu ke hilir....walhal exams dh start 30 hb ni...Huwaaaa...mana assignment yg brsusun nk kena hantar lagi...bleh koma gini...kalau letih tu x tau nk ckp dah...rsa nk berenti je blaja ni..rasa badan x bleh nk bwak dah...fizikal & mental sudah penat...huhu...

Bila dah penat2 gini aku jadi rindu kat kampung...kalau la kg tu dlm sejam je. drive...dh lama aku balik...aku rindu kat mak..abah...adik2 ngan anak2 sedara aku...rindu nk borak2 dgn dorang...rindu nak relax2 tanpa fikir apa2...start kete p shopping ke...makan2 ke...seronoknyaaaa....

p/s- tgh2 taip assignment nih sempat lg aku menaip kat blog ni...haha..saja lepas tension...ni x tau la nk tido pukul bape..yg pasti assigment paper MPF1583 mesti siap mlm ni..oppss..ntah2 pagi ni..(bleh caya ke???..ntah2 trtido dulu...hihi..)




Thursday, April 14, 2011

PECAH AMANAH...RASUAH....APA CERITA????

Firman Allah subhanahua ta'ala telah menegaskan di dalam kitab suci Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud : " dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu membawa urusan harta itu kepada hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain dengan jalan dosa padahal kamu mengetahui ".

Dari maksud ayat di atas, Allah subhanahua ta'ala menjelaskan kepada kita agar kita jangan memakan harta orang lain dengan jalan yang salah atau batil, termasuk makan harta orang lain dengan cara yang salah iaitu menerima rasuah. Islam mengutuk semua perbuatan rasuah, menipu, pecah amanah dan mungkir janji atau sebarang sifat negatif yag merosakkan masyarakat. Perbuatan itu mengeruhkan hubungan dalam masyarakat dan mencacatkan hubungan dengan Allah. Mereka yang melakukan jenayah rasuah didunia dan di akhirat, sebaliknya mereka akan menerima siksaan yang berat.

Pengamal rasuah akan sentiasa terdedah kepada risiko sakit jiwa, akibat perasaan takut yang sentiasa menghantui diri mereka. Secara tidak disedari mereka akan hidup dalam keresahan dan menganggap orang lain sebagai musuh yang ingin membongkar kesalahan mereka. Hidup pengamal rasuah akan sentiasa diselubungi kebimbangan. Di dalam Islam mereka yang menghadapi masalah seperti ini dianggap menerima bala'. Keadaan ini disifatkan sebagai satu penyiksaan batin di dunia. Seseorang yang melakukan kesalahan samada dengan masyarakat atau melanggar hukum Allah pasti menghadapi tekanan jiwa sehingga dia menghentikan perbuatan itudan bertaubat kepada Allah subhanahua ta'ala.

Perbuatan rasuah dianggap sebagai melanggar amanah dan dalam Islam melanggar amanah termasuk ke dalam golongan munafik, Rasulullah s.a.w. menjelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan muslim yang bermaksud " tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, jika dia berkata-kata, dia berdusta, apabila berjanji, dia mungkir, apabila diberi amanah, dia khianati.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pembongkaran kes-kes rasuah yang berlaku di agensi-agensi kerajaan. Alangkah malangnya sekiranya rasuah berlaku kepada pegawai-pegawai yang telah diamanahkan untuk menjaga hak rakyat tetapi mengkhianatinya. Mereka bukan sahaja berdosa kepada Allah subhanahua ta'ala, bahkan mereka juga akan disoal di padang mahsyar kerana amanah rakyat yang mereka khianati.

Betapa malang juga, kes rasuah yang dibongkar baru-baru ini melibatkan puluhan ribu orang, mungkin ramai yang berpendapat rasuah sudah menjadi fenomena masyarakat yang sudah tidak dapat dielakkan, ataupun rugi jika dilepaskan, mereka sanggup menderhaka kepada Allah semata-mata untuk mengecap nikmat dunia yang sedikit. Ingatlah, perbuatan rasuah itu membawa kepada kemurkaan Allah dan juga bakal menghancurkan masyarakat, agama dan negara.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan hal ini dalam sebuah hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bermaksud " bakal datang kepada manusia satu masa, orang tidak lagi peduli terhadap apa yang diambilnya, apakah ini halal atau haram " dan dalam satu hadis yang lain diriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. mengirim seorang utusan untuk mengumpul zakat dari satu kabilah, tetapi setelah utusan itu mengadap nabi, sebahagian barang yang dibawanya itu dipegang dan dia berkata kepada nabi s.a.w., " ini untukmu dan ini pula untuk saya yang diberikan oleh pembayar zakat, sebagai hadiah kepada saya,' mendengar ucapan itu nabi s.a.w. marah seraya bersabda, " mengapa tidak sahaja kamu tinggal di rumah bersama dua ibu-bapa kamu sehingga hadiah itu sampai kepadamu, sekiranya kamu orang yang jujur ".

Islam mengharamkan rasuah dalam apa jua bentuk dan nama. Oleh kerana tidak ada dialih dengan menerima suatu yang jelas rasuah dengan niat menerima hadiah. Perbuatan itu tidak akan mengeluarkan dari hukum haram menjadi halal. Saidina Omar Abdul Aziz pernah diberi hadiah sewaktu beliau menjadi khalifah tetapi ditolaknya, kemudian dia dikatakan kepadanya " Rasulullah menerima hadiah " maka Omar Abdul Aziz menjawab, " apa yang diterima oleh Rasulullah itu memang menerima hadiah, tetapi ini buat saya adalah suapan (rasuah).

Rasulullah pernah bersabda dari riwayat Abu Daud yang bermaksud " Barangsiapa yang kaya, berikan pekerjaan dan kami berikan gaji apa yang diambil selebihnya dari itu bererti penipuan.'

Ambillah pengajaran dari sikap berhati-hati yang ditunjukkan oleh Khalifah Omar Abdul Aziz, akan tetapi pada akhir zaman ini manusia tidak lagi menapis sumber rezeki mereka, asalkan benda itu menguntungkan mereka. Kebaikan manusia ingin cepat kaya dan menganggap harta kekayaan sebagai matlamat penting dalam kehidupan. Lantaran itu mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat masing-masing.

Di zaman ini menyaksikan masyarakat tidak lagi mengamalkan sifat malu dalam kehidupan seharian mereka, sikap tidak malu inilah yang mendorong berlakunya rasuah, pecah amanah, berdusta dan pelbagai lagi. Mereka tidak malu kepada Allah dan tidak malu kepada masyarakat untuk membuat dosa dan maksiat.

Oleh kerana itu, pada hari ini sama-samalah kita membina keperibadian diri agar kita tidak terlibat dengan rasuah dan mencari rezeki yang tidak halal samada sebagai pemberi rasuah, penerimanya atau perantaranya. Kerana Allah dan rasulnya melaknat ketiga-tiga golongan tersebut. Dan peringatan Rasulullah s.a.w. yang bermaksud " pemberi rasuah dan penerima rasuah kedua-duanya masuk neraka.'

Islam amat menitikberatkan rezeki halal, rezeki yang diperolehi secara rasuah, pecah amanah dan suatu yang negatif adalah haram dan berdosa. Sedangkan banyak lagi bidang rezeki yang halal di atas muka bumi ini. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud : " Wahai manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat dibumi dan janganlah kamu mengikut jejaklangkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata'.

Dipetik dari www.al-azim.com/masjid/khutbah24.html

Kenapa aku wat entry ni????...sebab aku nak semua orang ingat kes pecah rasuah & pecah amanah dah jadi penyakit dalam masyarakat kita ari ni...'masyarakat tidak lagi mengamalkan sikap malu dalam kehidupan,sikap tidak malu inilah yang mendorong berlakunya rasuah,pecah amanah......'

Yang peliknya boleh buat muka selamba lagi tu...ingat2 la ko makan tu duit orang lain..hak orang lain...x de boleh kaya mana pun kalau cari rezeki dengan cara mengebas duit orang..duit budak2..duit kerajaan...Kalu kat dunia ko bleh lepas..akhirat sapa nk tolong jawab..sendiri mau ingat la...


p/s-nak tunggu apa tindakan trhadap yg berkenaan...takkan lepas cam tu je...takut semakin lemak berkrim yang berkenaan itu....


Sunday, April 10, 2011

Arghhhhh...penatnyerrr..

Sekarang dah masuk minggu2 akhir kuliah semester ni...bermakna semua assignment pun dah bersusun minta dihantar....exams pun akan start mula 24 april ni...musim brjaga smpai ke pagi dah pun brmula..mlm tadi tido kul 4 a.m....Huwaaaa..bila mau abis study ni!!!!..uiksss..mcm x ikhlas je blaja...bawa bersabar ye..hihi...ye la..ye la..sabo ler ni...( terpaksa motivasikan diri sendiri nih...)..tapi aku brterima kasih gak kat famili ,kawan2 & pensyarah2 yg selalu bagi dorongan kat aku supaya meneruskan perjuangan ini smpai ke titisan peluh terakhir...(tulis darah kang metaforanya trlampau plak kan..hihi...)

Kat sekolah pun keje trsangatlah banyaknye...bersusun gak memanggil2 minta disiapkan...nak2 plak skg musim pemantauan JPN/Nazir...so bersinsing lengan la menyiapkan segala fail...kalu siap fail bila2 je kan..masalahnya isi fail yg x siap2..huhu...
Pastu dari bulan lepas kejenye outstation ke Segamat je...mcm2 meeting kene pegi.. utk karnival pendidikan & karnival buku pkt daerah je 5 kali turun meeting...lum masuk hari bertugasnye (ni program tu dh abis..lega skit)...Pendek kata tiap2 minggu ada je arinya yg kena turun Segamat..kalu ari selasa mmg wajib ar x de kat skolah....dah ar ari Sbtu & Ahd tu dah kira rutin...so minyak kete jgn cakap ar...stesen minyak tu dh mcm umh sedara sendiri...kena selalu melawat....kalau kawin ngan tokey stesen minyak x pe la gak kan..haha...


p/s - Tahniah untuk Aliz & husband atas kelahiran cahaya mata lelaki jam 3 ptg tadi...Alhamdulillah semuanya selamat...